| Stanza Cinta (2011) | Showing Time19 Jun 9:00 pm ( 90 minutes ) | Release Date: 2011 (Malaysia) | Country: Malaysia | Language: Malay | Subtitle: English | Genres: Drama | Quality: WEBRip – Jie Azz Sinopsis: Mengisahkan Amni, seorang gadis miskin yang bergantung harap kepada wang bantuan... |
| Download : Part 1 Part 2 |
Thursday, 3 November 2011
Saturday, 30 July 2011
Penyanyi Nora Muncul Dengan Voices Of Ummi (VOU)
KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2011: Setelah 2 tahun berahsia tentang sebuah projek yang sedang diusahakan, akhirnya penyanyi Nora telah mendedahkan rahsianya itu kepada pihak wartawan dalam sebuah majlis sidang media, baru-baru ini.
Kelahiran UMMI - Ceritalah Pada kami dan Voices of Ummi (VOU) adalah projek yang telah diusahakan Nora selama ini di bawah syarikat produksi Hud Hud Media Sdn. Bhd.
Pengarah Urusan Hud Hud Media Sdn. Bhd. yang juga penerbit album VOU, Johan Nawawi berkata, perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama, dan langkah pertama itu adalah dengan menerbitkan album santapan rohani untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.
"Album ini merupakan gabungan lagu-lagu yang dalam produksi siri animasi muzikal kanak-kanak bertajuk UMMI - Ceritalah Pada Kami terbitan Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn. Bhd.
Siri animasi kanak-kanak ini masih dalam proses pembikinan dan dijangka akan siap pada penghujung tahun 2011, Insya Allah.
Menurut Johan Nawawi lagi, VOU merupakan sebuah kumpulan penyanyi kanak - kanak yang digabungkan kerana suara mereka juga adalah suara watak-watak utama dalam siri animasi itu.
"Bakat -bakat cilik ini terdiri daripada Alif Johan sebagai Alif, (12 tahun), Aiman Abbas sebagai Aiman, (14 tahun), Hana Hamdan sebagai Hana, (11 tahun), Putri Dahlia sebagai Putri (7 tahun) dan Jihad Hamdan sebagai Atan (8 tahun). Manakala artis undangan dalam album ini adalah seperti Nora, Bringgo & Mosyi.
"Terima kasih kami kepada rakan kongsi kami Erama Creative Sdn Bhd, dan Erama Records Sdn. Bhd. yang berada di bawah naungan Datuk Md. Afendi Hj. Hamdan yang bersetuju untuk bekerjasama dan berjuang bersama kami untuk memastikan projek yang sebegini mencapai hasratnya untuk memberi pengisian ilmu Islam secara kontemporari dan sederhana kepada masyarakat terkini didalam hidup yang penuh dengan cabaran, " ujarnya kepada murai.com.my.
Erama Creative Sdn. Bhd. Dan Erama Records Sdn. Bhd. merupakan syarikat-syarikat yang aktif di dalam industri Content tanah air dan negara-negara serantau. Erama Creative Sdn. Bhd. memiliki portal khusus yang lengkap dengan Payment Gateway, menawarkan produk audio dan video yang berkualiti tinggi dan sah, secara online di www.erama.tv serta menawarkan Online & Mobile TV Streaming 12 saluran di www.erama.tv/mobiletv
Erama Creative dan Erama Records juga aktif di dalam penghasilan album-album lagu tempatan, artistes management, event management, dan pembuatan filem serta pembuatan pelbagai rancangan TV.
Ketua Pegawai Operasi Erama,Shukor Ahmed pula berkata, Erama amat teruja untuk bergerak ke hadapan bersama Johan Nawawi Sdn. Bhd. khususnya di dalam memperkenalkan Album VOU ini kepada pasaran.
"Lebih-lebih lagi ianya amat sesuai untuk bulan Ramadhan dan Hari Raya yang akan datang serta mengisi keperluan dan kekosongan Quality Islamic Content untuk keluarga dan kanak kanak di sini dan di negara-negara serantau.
"Erama Creative akan memaparkan dan mengkedepankan produk Erti Alfatehah ini dengan kuat dan jelas di dalam Portal Audio-Video Online kami serta di dalam Mobile & Internet TV Streaming kami.
"Sekiranya anda membeli album VOU atau lagu-lagunya secara individu (tracks) secara online, kami sediakan harga promosi terbaik untuk anda di www.erama.tv hanya untuk bulan ramadan ini. Layari dan langganilah album VOU ini secara online dari portal kami, dan ada hadiah menarik menunggu mereka yang bertuah," katanya.
Album VOU - ERTI AL - FATIHAH
Album ini memuatkan 12 lagu baru dari siri animasi UMMI dan sebuah lagu bonus bertajuk Pedoman (VOU) nyanyian NORA yang diadun semula (remix) bersama nyanyian VOU. Lagu yang dijangka akan diminati ialah Erti - AL-Fatihah dan Ahai! Riangnya Hari Raya.
Semua lagu-lagu ini berunsur pop kerohanian yang amat sesuai didengar oleh kanak-kanak dan seisi keluarga. Ia merangkumi pelbagai genre muzik dari irama pop, tradisional balada, jazz, country & western, r&b dan dance/hiphop.
Senarai lagu-lagu album VOU - ERTI AL-FATIHAH .
1. Erti Al-Fatihah
Johan Nawawi / Tafsir dari Al-Quran
2. Ahai! Riangnya Hari Raya
Johan Nawawi / Amran Omar
3. Ummi (Lagu Tema)
Johan Nawawi / Nora J
4. Indahnya Pelangi
Johan Nawawi / Nora J
5. Pemimpin Terpuji
Johan Nawawi / Amran Omar
6. Aku Hud-Hud
Johan Nawawi / Johan Nawawi
7. Rakan Sejati
Johan Nawawi / Amran Omar
8. Bagus Punya Bagus! (Lagu Professor Gajet)
Johan Nawawi / Bringgo
9. Mari Makan Roti (Lagu Uncle Maideen)
Johan Nawawi / Bringgo
10. Meow! Meow! Meow! (Jojo Ku Sayang)
Johan Nawawi / Bringgo
11. Bismillah - Alhamdulillah
Johan Nawawi & Putri / Nora J
Artikel:http://www.murai.com.my
Azwan Ali Sibuk Bisnes Biskut Raya AA
KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2011: Sempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak 1432 Hijrah, personaliti popular, Azwan Ali turut tidak ketinggalan untuk memulakan bisnes biskut raya AA yang diambil bersempena dengan namanya sendiri.
Bercakap dengan murai.com.my, Azwan Ali berkata, idea untuk berniaga secara all out ini menjelma secara tiba-tiba disebabkan minatnya yang cukup mendalam terhadap bidang masakan.
Malah, ia menjadi semakin sempurna apabila Azwan Ali bertemu dengan seorang rakan, Chef Mizie Roslan yang memang pakar dan handal dalam bidang masak-memasak.
"Walaupun Chef Mizie Roslan baru saja berusia 22 tahun, namun dia latar-belakangnya dalam bidang masakan ini memang cukup luas. Jadi, selepas bertemu dengan dia, kami terus merancang untuk membuat bisnes bersama-sama iaitu dengan bisukt raya AA serta rendang Mak Tom yang telah saya warisi secara turun-temurun daripada bonda saya, Hajah Cik Tom Yahya," katanya kepada murai.com.my.
Menurut Azwan Ali, biskut raya AA yang dijualnya terdiri daripada 5 jenis iaitu Tart Cheese Seloka Raya, Almodn London Balik Kampung, Cornflakes Honey Dendang Perantau, Merry Berbadam Satu Hari Di Hari Raya, Black Sesame Nestum Sesuci Lebaran.
"Memang sengaja saya menamakan kesemua biskut raya AA ini dengan tajuk lagu-lagu raya yang paling hits berkumandang di musim Aidilfitri, Ia tidak lebih sekadar satu gimik yang digunakan untuk menyerikan bisnes ini. Sesuailah dengan tagline yang kami gunakan iaitu Tersedap Di Muka Bumi!
"Tapi apa yang penting sekali, sejak kami uar-uarkan tentang bisnes ini menerusi facebook dan twitter, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Malah, kami sudah pun mendapat tempahan daripada peminat di semenanjung serta di Sabah dan Sarawak. Malah, paling memeranjatkan, kami juga turut menerima tempahan daripada rakyat Malaysia yang menetap di Jepun dan Australia.
"Hal ini merupakan sesuatu yang di luar dugaan. Hinggakan kami sendiri tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan. Namun, inilah hadiah paling istimewa yang dapat saya berikan buat peminat kerana bisnes yang saya buat ini bersifat bisnes yang eksklusif dan limited edition.
"Bukan berdasarkan bisnes yang dilakukan secara komersil semata-mata. Pendek kata, kami betul-betul akan entertain orang yang menghantar order menerusi sms atau twitter.
"Setakat ini, kami sudah menyaipkan 200 balang kuih. Sasaran saya adalah untuk menyiapkan 1,000 balang kuih untuk mereka yang membuat tempatan. ," katanya lagi.
Biskut raya AA ini dijual dengan harga RM25 untuk 30 biji kuih. Manakala, rendang Mak tom pula dijual pada harga RM1kg - RM50. tempahan masih dibuka sehingga 15 Ogos 2011. Sebarang tempatan, sila hubungi Azwan Ali: 012-2896100 atau Chef Mizie: 017-3501446
Artikel:http://www.murai.com.my
Wednesday, 27 July 2011
Siapa Neelofa Untuk Saya Jatuhkan? – Fazura
Perghh. Memang ayat bakar line betul Fazura nie. Tapi fikir punya fikir, betul jugak apa yang dikatakannya. Siapa sangatlah Neelofa ini untuk pelakon-pelakon lama jatuhkan. Bukannya femes sangat pun kan?
Ce korang baca ayat yang memang logik dari Fazura ini:-
Artikal:Sumber berita dari Murai.
Ce korang baca ayat yang memang logik dari Fazura ini:-
Saya rasa, memang tidak ada logiknya untuk saya atau aktres lain berpakat untuk menjatuhkan dia. Lagipun, dia baru saja nak naik, jadi macam mana pula kami semua ni nak jatuhkan dia? Jika dia seorang pelakon yang hebat dan pernah merangkul sebarang anugerah, mungkin boleh dikatakan kami ini cuba menjatuhkan dia. Tapi, dia masih baru dan tidak berada di tahap mana-mana lagi. Bagi saya, apa yang dinyataan Neelofa itu sangat mencabar aktres yang sedia ada. Satu kenyataan yang sangat berani keluar dari pelakon baru seperti dia. Itu yang membuatkan saya agak hairan. Saya kurang pasti dari mana datangnya spekulasi seperti itu. Jika saya mahu berdengki dengan artis lain, rasanya lebih baik saya berdengki dengan kejayaan Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Tiz Zaqyah dan bukannya Neelofa. Saya sememangnya tidak ada masalah dengan Neelofa dan saya tidak mahu melayan perihal remeh- temeh yang macam ini. Apa yang perlu saya lakukan sekarang hanya berserah saja perkara ini kepada Allah.Betul jugak kata-kata Fazura di atas kan. Kalau nak dengki baik dengki kat artis-artis yang memang dah super duper famous. Setakat Neelofa buang karan je kot. Dan ini kata Fazura tentang punca kemarahannya yang dikatakan sebab hubungan Neelofa dengan kerabat.
Saya sebenarnya sudah tidak mahu lagi memberi sebarang komen tentang perkara ini sebab saya tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan hal ini dan juga Neelofa. Apatah lagi untuk melayan perkara ini dengan lebih serius, rasanya ia satu perkara yang sangat bodoh. Apa saja yang Neelofa ingin katakan selepas ini, semuanya terpulang kepada dia dan tolong jangan ganggu saya lagi.Cerita banyak tak guna, kalau Neelofa ada bukti yang sememangnya ada artis-artis lama nak jatuhkan dia, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti. Baru orang kata berani kerana benar.
Artikal:Sumber berita dari Murai.
Perkahwinan Pengacara Majalah 3
Kata orang tua, kalau muka suami isteri itu lebih kurang sama, maknanya jodoh mereka berdua akan berkekalan forever and ever. Abang tengok muka Nurul Syuhada dan Raja Amir nie memang sebijik gila. Meh la sama-sama kita doakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke syurga.Kami dari group Gosip artis ingin mengucupkan selamat pengatin baru dan Moga berpanjangan hingga ke anak cucu.
HOT fm sokong Skuad Harimau Malaya
Promosi Hot Fm yang diadakan pada setiap minggu sebelum menjelang hari Malaysia Vs Singapore..Mari kita Hangat Studium Bukikit Jalil pada 28.07.2011
.
Untuk kali ke-2 Hot FM AM Krew ke Wangsa Walk Mall untuk dapatkan tandatangan sebagai sokongan kepada pasukan malaysia
Tranining Skuad Harimau Malaya
pEnyErang utama Harimau Malaya, Safee Sali dan rakan sepasukan gigih berlatih di sesi latihan semalam menjelang perlawanan menentang Singapura, malam esok.
Rajagobal sudah ada ramuan tiup semangat anak didik kekang Singapura, esokKEBANGKITAN secara dramatik - selepas ketinggalan dalam permainan - pernah ditunjukkan Harimau Malaya ketika menjulang Piala AFF Suzuki dan menang pingat emas Sukan SEA 2009.
Jelas ‘detik emas’ itu sudah memberi formula mujarab kepada Datuk K Rajagobal yang mahu menayangkan semula rakaman video membabitkan babak mereka bangkit daripada kekalahan sebelum mengukir sejarah.
“Pemain mampu melakukan keajaiban apabila menentang Singapura, Khamis ini (esok). Mereka pernah dua kali melakukannya, masakan tidak boleh mengulangi sekali lagi,” kata ketua jurulatih itu, semalam.
Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat turut bersemangat mahu membantu cabaran pasukan memadamkan defisit kekalahan 3-5 tempoh hari andai dipilih esok.
“Saya berjanji pamer aksi terbaik memastikan gawang negara tidak bocor lagi,” katanya.
Selain itu, Rajagobal turut pening memikirkan isu kapten menggantikan Safiq Rahim tetapi dua nama yang disebut-sebut - Aidil Zafuan Abd Razak dan Safee Sali ada ramuan memimpin rakan ke Stadium Nasional,
Bukit Jalil nanti
Artikal :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Formulavideo/Article
Subscribe to:
Comments (Atom)








