Saturday, 30 July 2011

Azwan Ali Sibuk Bisnes Biskut Raya AA


KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2011: Sempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak 1432 Hijrah, personaliti popular, Azwan Ali turut tidak ketinggalan untuk memulakan bisnes biskut raya AA yang diambil bersempena dengan namanya sendiri.

Bercakap dengan murai.com.my, Azwan Ali berkata, idea untuk berniaga secara all out ini menjelma secara tiba-tiba disebabkan minatnya yang cukup mendalam terhadap bidang masakan.

Malah, ia menjadi semakin sempurna apabila Azwan Ali bertemu dengan seorang rakan, Chef Mizie Roslan yang memang pakar dan handal dalam bidang masak-memasak.

"Walaupun Chef Mizie Roslan baru saja berusia 22 tahun, namun dia latar-belakangnya dalam bidang masakan ini memang cukup luas. Jadi, selepas bertemu dengan dia, kami terus merancang untuk membuat bisnes bersama-sama iaitu dengan bisukt raya AA serta rendang Mak Tom yang telah saya warisi secara turun-temurun daripada bonda saya, Hajah Cik Tom Yahya," katanya kepada murai.com.my.


Menurut Azwan Ali, biskut raya AA yang dijualnya terdiri daripada 5 jenis iaitu Tart Cheese Seloka Raya, Almodn London Balik Kampung, Cornflakes Honey Dendang Perantau, Merry Berbadam Satu Hari Di Hari Raya, Black Sesame Nestum Sesuci Lebaran.

"Memang sengaja saya menamakan kesemua biskut raya AA ini dengan tajuk lagu-lagu raya yang paling hits berkumandang di musim Aidilfitri, Ia tidak lebih sekadar satu gimik yang digunakan untuk menyerikan bisnes ini. Sesuailah dengan tagline yang kami gunakan iaitu Tersedap Di Muka Bumi!


"Tapi apa yang penting sekali, sejak kami uar-uarkan tentang bisnes ini menerusi facebook dan twitter, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Malah, kami sudah pun mendapat tempahan daripada peminat di semenanjung serta di Sabah dan Sarawak. Malah, paling memeranjatkan, kami juga turut menerima tempahan daripada rakyat Malaysia yang menetap di Jepun dan Australia.

"Hal ini merupakan sesuatu yang di luar dugaan. Hinggakan kami sendiri tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan. Namun, inilah hadiah paling istimewa yang dapat saya berikan buat peminat kerana bisnes yang saya buat ini bersifat bisnes yang eksklusif dan limited edition.

"Bukan berdasarkan bisnes yang dilakukan secara komersil semata-mata. Pendek kata, kami betul-betul akan entertain orang yang menghantar order menerusi sms atau twitter.

"Setakat ini, kami sudah menyaipkan 200 balang kuih. Sasaran saya adalah untuk menyiapkan 1,000 balang kuih untuk mereka yang membuat tempatan. ," katanya lagi.

Biskut raya AA ini dijual dengan harga RM25 untuk 30 biji kuih. Manakala, rendang Mak tom pula dijual pada harga RM1kg - RM50. tempahan masih dibuka sehingga 15 Ogos 2011. Sebarang tempatan, sila hubungi Azwan Ali: 012-2896100 atau Chef Mizie: 017-3501446

Artikel:http://www.murai.com.my

No comments:

Post a Comment